Wednesday, 10 November 2010

bermimpikan..

Salam fillah untuk semua. Memang sekarang jarang sgt2 dapat update blog yg dah berhabuk ni. Tapi Alhamdulillah, segala puji2 untuk Dia yg mengizinkan ana untuk tulis something hari ni.

Alhamdulillah2, penulis & pembaca blog ni dijemput untuk tajdid niat dulu. Minta2 masa untuk blog round ni ada pahala di sisi Tuhan kita semua. Minta2 ada sesuatu yg dpt kita amalkan lepas ni.

Syukur sgt pada Tuhan kita, Allah s.w.t. tu yg dah bagi chance pada kita untuk merasai secebis nikmat islam hari ni. Islam yg hasil titik peluh Nabi s.a.w. & para sahabatnya usahakan. Yg andainya Badar dahulu tu kalah, (krn hanya didahului oleh hanya 300++ muslim sahaja vs quraisy yg 1000+) x mungkin lagi kita dapat rasa nikmat islam saat ni. & tentunya surga tu belum tentu milik kita.

Maha suci Allah yg telah mencampakkan dlm diri kita rasa suka akan surga, rasa nak mendapatkan surga, bermimpikan surga, rasa untuk nak buat sesuatu untuk nak dapat surga Tuhan kita punya.

Surga tu sudah tentunya Tuhan kita buat special untuk hamba2-Nya. Baiknya Dia kan!

Tapi surga yg mahal tu mampu ke kita yg biasa2 ni dapat?

Kita yg x baik sgt ni, kita yg jarang2 pun dapat betul2 ingat Allah dalam solat, kita yg x berapa suka tunjuk baik depan orang ramai, kita yg x suka orang nak buat baik lebih2, yg x suka sangat dengar ceramah dan banyak lagi yg mungkin kita sebenarnya x berapa suka sangat pasal islam ni. X cool kalau jadi baik2 sangat sebab zaman dah moden.

Oleh itu layakkah kita untuk surga Allah, yg disediakan untuk hanya orang2 beriman? & for sure, orang2 beriman ni mereka mmg suka sangat2 nak buat baik, nak akhlak mulia mcm Nabi supaya orang2 bukan muslim tu tertarik dgn islam ni. Baik mereka bukan sengaja, bukan dibuat2 tapi memang betul2 sebab mereka berkepinginkan surga Ilahi setiap masa. Bukan tu je, mereka kalau boleh nak berlumba2 buat baik2 ni, sebab Allah bagitahu;
“as-sabiqun nas- sabiquun”
“& orang2 yg paling dahulu beriman, merekalah yg paling dahulu masuk surga.” 56:10

Nikmat tarbiyah, peluang duduk dalam rahmat Allah iaitu tarbiyah ni hanya pinjaman Allah yg Maha Pengasihani hamba2-Nya. Dia nak bagi chance kat kita nak buat baik, nak beramal, nak tambah pahala, supaya nanti kita dapat jumpa Tuhan kita yg kita selama ni x pernah tengok pun, supaya kita dapat masuk surga yg kita mimpikan tu. Surga yg sudah tentu keadaannya x sama dengan hidup di dunia ni.

Dan kalau kita x nak tarbiyah ni pun x pe. Sebab sesungguhnya Allah tu Maha Kaya x perlukan kita pun dalam tarbiyah ni. Tapi Dia Yg Penyayang tu bagi kita rasa nikmat ni, supaya kita dapat masuk surga Dia! Sweetnya Tuhan kita..

Allah tu Maha Mensyukuri, Dia bersyukur kalau ada hamba2-Nya nak bertaubat, buat baik etc.. & Dia mmg akan ampunkan sesiapa yg bertaubat dengan ikhlas..
Sekarang option kita. Allah & dunia yg sementara ni memang x akan tunggu kita pun!

jordan.mendoakan.minta doakan.

Thursday, 16 September 2010

nawaituu

Sahaja aku mengisi masa dengan ini kerana Allah.

Tajdidlah semula niat.
Jom perbaharui niat kita.

Inilah ayat waktu aku pertama kali sampai di bumi ni. Selepas itu,tiap2 hari pun ada orang sebut2.Tentang topik ni.Naik bosan aku.

& akhirnya ada orang2 baik bercerita...

ukhti.. Jom kita perbaharui niat kita semula.
Takut2 kita tersalah niat. Risau2 kerja x sempurna. Takut2 kita menghajatkan selain Allah dalam setiap kerja kita. Bimbang kita mengharapkan puji manusia, balasan special, sanjungan masyarakat, lebih dari kita mengharap redha Allah.

Sebab manusia ni selalu lupa.Lalai.Alpa.Leka.Seronok dengan dunia ni.Syok sendiri!
Tuhan kita cipta dunia untuk hamba..

"Tidak Aku ciptakan jin & manusia melainkan untuk beribadah padaku"(51:56)

& mungkin ramai sudah lali pun dengan ayat ni. Arahan Tuhan kita. Tuhan yg kita sembah dalam solat2 kita tu. Maksudnya,perkara selain ibadah tu x diterima Tuhan kita. Sebab kita x diarahkan untuk mergerjakan perkara2 selain ibadah.

Oleh itu,pentinglah niat kita dalam setiap pekerjaan. Tidur, masak, baca quran, ulangkaji, tolong kawan/parents, membeli. & semua, x kira kerja ape yg kita buat. Kena, mesti, perlu recheck niat, perbaharukan niat, memperbanyakkan niat.

Siapa yg cari Tuhan dia, siapa yg nak jumpa Tuhan dia, siapa yg berangankan surga, sila sila lah. Jgn malu2lah untuk tajdid niat. Siapa yg nak je la. Kalau rasa berat, x payah buat.

Untuk apa? Supaya setiap kerja yg kita buat, hanya kerana Allah. Hanya kerana Tuhan kita. Sebab kita HAMBA DIA. Supaya kita hanya mengharapkan redha Dia dalam setiap langkah kita..

Rasulullah kata,
"& setiap orang itu adalah apa yg diniatkannya..."(rwyt bukhari)

Amal2 kita, perbuatan kita, rutin2 harian kita, semua dinilai atas niat kita. Sebab
hati itu tempat pandangan Allah. Allah akan lihat siapa kita melalui hati


Takut.

Allah confirm2 x tengok sgt physical kita bahkan amalan2 kita pun! Tapi mujahadah kita utk buat amal tu. & sejauhmana ikhlasnya hati kita untuk buat amal tu. Sekadar mengharapkan pandangan Tuhan kita. Harap2 Dia sudi terima amal kita yg sedikit ni, yg kita buat sambil2 je. Yg mungkin je masa yg di'spent' untuk bermala tu bukanlah masa terbaik dalam hidup kita. Sisa2 masa belajar kita, sisa2 masa main kita, sisa2 masa tidur kita. Banyak lagi la.

Saidina Umar x akan bergerak dari tempatnya selagi dia x memperbaharui niat! & kita bergerak ke mana saja tanpa niat! kelakar juga.
Para sahabat sampai digelar saudagar niat! Sesuatu perkara yg dilakukan tu ada macam2 niat. & semuanya kerana Allah.

Aku nak jadi macam para sahabat tu. Yg dijanjikan surga. Bukan sebab mereka dekat dengan Nabi je, tapi mereka ade mujahadah sendiri untuk baiki niat tu.

Kerana niat2 ini, x kira sekecil mana pun kerja yg kita buat dengan niat, pahala berganda! walau kita belum buat, malaikat kiri kanan dah siap tulis pahala kebaikan dalam buku 'illiyin kita selepas niat kita! Baiknya Allah!

Fastabiqul khairat!! Berlumba2lah!! Untuk kejar pahala kebaikan & redha Ilahi.ini reward free dari Tuhan kita!

Kita niatkan masa yg kita guna untuk baca ni, untuk dapat sesuatu. Sesuatu yg boleh tambahkan pahala kita. Sesuatu yg dapat memberatkan timbangan amalan kita di akhirat. Sesuatu yg dengannya kita dapat masuk surga Allah tu.

Masa yg kita guna ni untuk cari redha Allah. Apa2 yg kita baca dapat jadi booster unutk kita kerja untuk tambah amal2 kita. Supaya Allah redha. Supaya kita dengan rahmat-Nya, kita dapat masuk surga Allah..
amiinnn

ya Allah, rezekikan kami keberkatan masa.

Sunday, 12 September 2010

gembira syawal?



ramadhan dah pergi

x perlu lapar dahaga

dapat penat je

pesta ibadat kata mereka tu dah tamat kan.

nasib baik setahun sekali

raya pun setahun sekali

mesti pulun habis untuk raya ni!

raya ni 1 malaysia.best?

raya ni sangat sibuk

rasa lain begitu

raya ni sempatkah dengan Dia lama2?

macam hari2 biasa?

macam bulan sebelum tu?

ramadhan lepas pulun habiskah?

menyesal?

doakan sempat untuk tahun akan datang

atau gembira sebenarnya?

x perlu penat2

x perlu pergi terawih.panas

x sabar nak sarung baju baru

x sabar nak kira duit raya

raya ni pasti meriah di sana sini!

tapi

raya ni ada zuhud lagikah

raya ni dah habis tangkap gambar?

raya ni tanggungjawab tepat masa?

raya ni untuk kumpul duit je?

raya ni untuk naikkan badan semula?

pesta makan jadi bertambah meriah?

raya ni hati dah bersih?

raya ni dah habis pohon maaf tu?

raya ni dah minta taubat?

raya ni sempat tatap kitab istimewa tu?

raya ni dhuha buat x?

raya ni mathurat hidup lagi?

raya ni riak macam mana?

raya ni x muhasabah amal sendiri?

cukup ke untuk jadikan mahar di sana nanti?

kawan yg kena ikat dulu dah terlepas

mampukah kita pertahankan amal2 bulan lepas?

amal2 ikhlas sebagai hamba

mungkin juga banyak yg dah lupa ketaatan tunduk seorang hamba

sibuk di depan cermin menipu

cermin duniawi yg sementara

jangan berhenti kumpul pahala ya!



renung.renung.fikir.fikir.

jaga iman jaga amal.selamat bermujahadah!^^

13.09
~cairo

ramadhan dah pergi~

kitab buruk?


‘rak tu untuk buku-buku dan kitab-kitab lama je yg x penting

barang yg selalu guna jangan letak situ nanti hilang.’



di situ

di atas rak buruk tu

yg dah berhabuk pun

barang-barang di situ sajalah letaknya

x terdetik dek hati ni

untuk lihat kitab apa,buku apa atas rak tu

tahu dulu situ letaknya kitab tu

kitab penting tu

katanya hidayah x dapat lagi

seru x sampai lagi

umur masih panjang

x kedengaran dek telinga

suara kubur memanggil

suara bumi menghalau pergi

x rasa pun kitab tu penting

tanpa ucapan dalam tu

panduan penting kata orang

tapi kita rasa boleh buat

boleh survive sendiri

boleh hidup mewah

anak-anak berjaya semua

hidup aman bahagia

indahnya dunia terasa

kalau di asrama dulu

x sempat nak baca

banyak homework

sukan lagi

mujur ada orang nak sedekah quran ni dulu

letak sebelah bantal sebelum tidur

takut ada hantu

takut kena kacau

x nak baca

x ada masa

dulu kitab tu dapat waktu hantaran

cantik lagi

tanda pemberi pernah baca sekali dua

jangan tanya lebih-lebih tentu x lepas

dah lama-lama diamnya atas rak buruk tu

x ingat letak mana

x terfikir pula tentangnya

biarlah jadi teman habuk dan sawang

biarlah jadi makanan anai-anai

nanti sebelum masuk kubur bacalah sekejap

mesti sempat lagi

sekarang ni tanya ustaz-ustazaha sajalah

itu pun kalau ada masa

dah kerja mereka

kalau Mungkar Nakir tanya agaknya boleh guna talian hayat

telefon je ustaz tu

x tahukah orang ramai

kitab buruk tu,

quran tu,

Petunjuk bagi manusia

Kata-kata dari Pemerintah alam ni

Kata-kata Dia yg cipta kita

yg dari-Nya kita boleh tumpang kasih sebenar’

supaya boleh hidup mewah

dengan rahmat Yg Maha Kaya tu

kutab buruk tu boleh tenangkan hati

boleh jadi peguam bela kita

tolong kita yg x reti berhujjah sebelum masuk neraka

selamatlah kita nanti

kalau kita baca

kalau ada masa untuk mengamalkannya

kalau ada kelapangan untuk mempelajarinya

boleh masuk syurga insyaAllah

jumpa Tuhan kita

tapi x ada paksaan dalam agama

tapi siapa yg nak selamat sajalah yg baca

siapa yg percaya betul-betul

hari kiamat tu

kalau x pandai baca, belajarlah

kalau x boleh baca dengarlah

ustaz ramai

teknologi canggih sudah

jika x suka baca

jika malas beramal

jangan sampai kita minta pada Dia

untuk pulang sekejap ke dunia sehari dua

masa x cukup

bimbang nanti kita sambung main

nanti Dia lagi murka

janganlah takut didakwa anggota badan sendiri nanti

waktu tu tiada qarin baik nak selamatkan kita

tatkala purnama Ramadhan tiba

quran lama hilang

dimakan anai-anai lapar mungkin

terpaksa beli quran baru

kawan ajak tadarus

kena beli yg cantik

agaknya dah sampai seru

alhamdulillah

syawal yg ditunggu datang

kitab baru beli tu

kembali ke fitrahnya

di atas rak buruk tu

yg dah berhabuk tu

tunggu ramadhan tahun depan pula

kalau si pembeli sempat baca

kalau ada majlis tadarus lagi

baru belek

kita ni boleh beli petunjuk ke?

bolehkah kita beli pahala amal tu?

renung.renung.fikir.fikir.

Friday, 20 August 2010

untuk ibu & ukhti

Hari ni ibuku (puan hanisam) & ukhtiku (raihana) menduduki peperiksaan.
sama2 doakan mereka.
Doa seorang ukhti kepada ukhti yg lain tanpa diketahuinya lebih Allah sukai & lebih makbul!^^

Masing2 di benua yg berasingan,di bahagian bumi yg berbeza strukturnya & cuaca,subjek yg totally berlainan.tapi keduanya menadah tangan, bersujud & memohon kepada Tuhan yg sama!berpegang & yakin hanya kepada pertolongan Tuhan Yg Satu ni.

Dan seperti biasa, peperiksaan itu selalu mendekatkan kita kepada Ilahi. Masa ni pengharapan & penyerahan kita betul2, sungguh2 hanya kepada Pemberi rezeki & Pemilik Kejayaan yg hakiki itu.Bukan sebab kita terlalu inginkan kejayaan dunia & pujian manusia, tapi sebab salah satu amanah Dia yg Dia tahu kita boleh buat.& Dia mahu kita melakukannya dengan sungguh2, dgn sepenuh tawakal serta kebergantungan total hanya kepada Tuhan kita!& kita dengan sejuta harapan usaha kita diredhai Allah kita.bukan hanya sekadar mengharapkan kejayaan & pahala dari-Nya.

Saturday, 3 July 2010

mendamba Redha-Mu!


kenapa mesti manusia yg hina ni mengharapkan kejayaan.
kalau sebenarnya yg dicari adalah redha-Mu wahai Allah!
kenapa mesti imtihan yg mencetuskan ketakutan dlm hati,
kalau pertemuan dgn PENCIPTAnya yg sebenarnya diharapkan?
ya ALLAH jgn biar hamba-Mu ni hanyut dlm takut dgn imtihan
padahal kekuasaan Engkau Lagi Besar, Ya Allah.

ya Allah..
ampunkan aku
atas dosa yg telah menghitamkan hati ni.
atas dosa yg menjauhkan aku dari Mu.
atas dosa yg menyebabkan aku terbelenggu dlm karat jahiliyah ni.
aku tahu ya Allah
aku jauh dari Mu
wahan yg masih mengikat hati ni dari berkorban
dunia yg Engkau benci ni lebih aku utamakan daripada mengejar cinta-Mu
aku x nak terbabas dalam mencari redhaMu wahai Penciptaku!
aku x mahu ditinggalkan rombongan manusia2 beriman tu wahai Allah.
wahai Pemilik Dunia.letakkan dunia-Mu ini di tanganku.bukan di hati ni!

ya Allah!
ampunkan dosa2-ku, ibu bapaku, ukhti2ku, sahabat2ku, warga Muslimin yg bakal berkumpul menghadap-Mu nanti.
atas amanah-Mu pada kami supaya menjadi hamba & khalifah di bumi-Mu ini, yg kami laksanakan sepenuh jiwa!
kerna syurga & pahala yg lebih kami harapkan daripada redha & cinta-Mu!
ambillah nyawa kami ketika iman kami yg terbaik, amal kami yg paling Kau cintai, & infaq kami yg lebih Engkau redha!
anugerahkan kami syahid.& jadikan kami dari kalangan hambaMu yg bersyukur & yg Engkau cinta!

Friday, 18 June 2010

tulisan pertama


alhamdulillah alhamdulillah..segala puji2 untuk Tuhan saya yg izinkan saya untuk akhirnya untuk buat blog ni. memang dah lama termimpi2, menjenguk2 blog kwn2 nadhrah, farah ain, farahnur syafiqa, sarina effa etc..semuanya best2!

doakan saya supaya diberi kelapangan masa oleh Pemilik masa untuk menconteng tulisan bermanfaat dalam blog ni..

masa itu amanah Pemiliknya. Allah lah. saya takut terhadap masa kamu guna untuk blog yg x seberapa ni terbazir tanpa dapat manfaat. nanti saya takut pada Pemilik masa itu.

ya Allah, Pemilik masa, rezekikan aku keberkatan masa untuk update blog ni.rezekikan pembaca blog ni juga keberkatan masa mereka.
al-Basir (Yg Maha Melihat), al-Aliim (Yg Maha Mengetahui),untuk apa yg aku catat dlm blog ni, kurniakan aku secebis saham kebaikan di atas mizan nanti.sebagai pemberat untuk timbangan kebaikanku.
sesungguhnya hanya pada-Mu tempat pengakhiranku...