Thursday 16 September 2010

nawaituu

Sahaja aku mengisi masa dengan ini kerana Allah.

Tajdidlah semula niat.
Jom perbaharui niat kita.

Inilah ayat waktu aku pertama kali sampai di bumi ni. Selepas itu,tiap2 hari pun ada orang sebut2.Tentang topik ni.Naik bosan aku.

& akhirnya ada orang2 baik bercerita...

ukhti.. Jom kita perbaharui niat kita semula.
Takut2 kita tersalah niat. Risau2 kerja x sempurna. Takut2 kita menghajatkan selain Allah dalam setiap kerja kita. Bimbang kita mengharapkan puji manusia, balasan special, sanjungan masyarakat, lebih dari kita mengharap redha Allah.

Sebab manusia ni selalu lupa.Lalai.Alpa.Leka.Seronok dengan dunia ni.Syok sendiri!
Tuhan kita cipta dunia untuk hamba..

"Tidak Aku ciptakan jin & manusia melainkan untuk beribadah padaku"(51:56)

& mungkin ramai sudah lali pun dengan ayat ni. Arahan Tuhan kita. Tuhan yg kita sembah dalam solat2 kita tu. Maksudnya,perkara selain ibadah tu x diterima Tuhan kita. Sebab kita x diarahkan untuk mergerjakan perkara2 selain ibadah.

Oleh itu,pentinglah niat kita dalam setiap pekerjaan. Tidur, masak, baca quran, ulangkaji, tolong kawan/parents, membeli. & semua, x kira kerja ape yg kita buat. Kena, mesti, perlu recheck niat, perbaharukan niat, memperbanyakkan niat.

Siapa yg cari Tuhan dia, siapa yg nak jumpa Tuhan dia, siapa yg berangankan surga, sila sila lah. Jgn malu2lah untuk tajdid niat. Siapa yg nak je la. Kalau rasa berat, x payah buat.

Untuk apa? Supaya setiap kerja yg kita buat, hanya kerana Allah. Hanya kerana Tuhan kita. Sebab kita HAMBA DIA. Supaya kita hanya mengharapkan redha Dia dalam setiap langkah kita..

Rasulullah kata,
"& setiap orang itu adalah apa yg diniatkannya..."(rwyt bukhari)

Amal2 kita, perbuatan kita, rutin2 harian kita, semua dinilai atas niat kita. Sebab
hati itu tempat pandangan Allah. Allah akan lihat siapa kita melalui hati


Takut.

Allah confirm2 x tengok sgt physical kita bahkan amalan2 kita pun! Tapi mujahadah kita utk buat amal tu. & sejauhmana ikhlasnya hati kita untuk buat amal tu. Sekadar mengharapkan pandangan Tuhan kita. Harap2 Dia sudi terima amal kita yg sedikit ni, yg kita buat sambil2 je. Yg mungkin je masa yg di'spent' untuk bermala tu bukanlah masa terbaik dalam hidup kita. Sisa2 masa belajar kita, sisa2 masa main kita, sisa2 masa tidur kita. Banyak lagi la.

Saidina Umar x akan bergerak dari tempatnya selagi dia x memperbaharui niat! & kita bergerak ke mana saja tanpa niat! kelakar juga.
Para sahabat sampai digelar saudagar niat! Sesuatu perkara yg dilakukan tu ada macam2 niat. & semuanya kerana Allah.

Aku nak jadi macam para sahabat tu. Yg dijanjikan surga. Bukan sebab mereka dekat dengan Nabi je, tapi mereka ade mujahadah sendiri untuk baiki niat tu.

Kerana niat2 ini, x kira sekecil mana pun kerja yg kita buat dengan niat, pahala berganda! walau kita belum buat, malaikat kiri kanan dah siap tulis pahala kebaikan dalam buku 'illiyin kita selepas niat kita! Baiknya Allah!

Fastabiqul khairat!! Berlumba2lah!! Untuk kejar pahala kebaikan & redha Ilahi.ini reward free dari Tuhan kita!

Kita niatkan masa yg kita guna untuk baca ni, untuk dapat sesuatu. Sesuatu yg boleh tambahkan pahala kita. Sesuatu yg dapat memberatkan timbangan amalan kita di akhirat. Sesuatu yg dengannya kita dapat masuk surga Allah tu.

Masa yg kita guna ni untuk cari redha Allah. Apa2 yg kita baca dapat jadi booster unutk kita kerja untuk tambah amal2 kita. Supaya Allah redha. Supaya kita dengan rahmat-Nya, kita dapat masuk surga Allah..
amiinnn

ya Allah, rezekikan kami keberkatan masa.

No comments:

Post a Comment