Friday 20 August 2010

untuk ibu & ukhti

Hari ni ibuku (puan hanisam) & ukhtiku (raihana) menduduki peperiksaan.
sama2 doakan mereka.
Doa seorang ukhti kepada ukhti yg lain tanpa diketahuinya lebih Allah sukai & lebih makbul!^^

Masing2 di benua yg berasingan,di bahagian bumi yg berbeza strukturnya & cuaca,subjek yg totally berlainan.tapi keduanya menadah tangan, bersujud & memohon kepada Tuhan yg sama!berpegang & yakin hanya kepada pertolongan Tuhan Yg Satu ni.

Dan seperti biasa, peperiksaan itu selalu mendekatkan kita kepada Ilahi. Masa ni pengharapan & penyerahan kita betul2, sungguh2 hanya kepada Pemberi rezeki & Pemilik Kejayaan yg hakiki itu.Bukan sebab kita terlalu inginkan kejayaan dunia & pujian manusia, tapi sebab salah satu amanah Dia yg Dia tahu kita boleh buat.& Dia mahu kita melakukannya dengan sungguh2, dgn sepenuh tawakal serta kebergantungan total hanya kepada Tuhan kita!& kita dengan sejuta harapan usaha kita diredhai Allah kita.bukan hanya sekadar mengharapkan kejayaan & pahala dari-Nya.