Saturday 3 July 2010

mendamba Redha-Mu!


kenapa mesti manusia yg hina ni mengharapkan kejayaan.
kalau sebenarnya yg dicari adalah redha-Mu wahai Allah!
kenapa mesti imtihan yg mencetuskan ketakutan dlm hati,
kalau pertemuan dgn PENCIPTAnya yg sebenarnya diharapkan?
ya ALLAH jgn biar hamba-Mu ni hanyut dlm takut dgn imtihan
padahal kekuasaan Engkau Lagi Besar, Ya Allah.

ya Allah..
ampunkan aku
atas dosa yg telah menghitamkan hati ni.
atas dosa yg menjauhkan aku dari Mu.
atas dosa yg menyebabkan aku terbelenggu dlm karat jahiliyah ni.
aku tahu ya Allah
aku jauh dari Mu
wahan yg masih mengikat hati ni dari berkorban
dunia yg Engkau benci ni lebih aku utamakan daripada mengejar cinta-Mu
aku x nak terbabas dalam mencari redhaMu wahai Penciptaku!
aku x mahu ditinggalkan rombongan manusia2 beriman tu wahai Allah.
wahai Pemilik Dunia.letakkan dunia-Mu ini di tanganku.bukan di hati ni!

ya Allah!
ampunkan dosa2-ku, ibu bapaku, ukhti2ku, sahabat2ku, warga Muslimin yg bakal berkumpul menghadap-Mu nanti.
atas amanah-Mu pada kami supaya menjadi hamba & khalifah di bumi-Mu ini, yg kami laksanakan sepenuh jiwa!
kerna syurga & pahala yg lebih kami harapkan daripada redha & cinta-Mu!
ambillah nyawa kami ketika iman kami yg terbaik, amal kami yg paling Kau cintai, & infaq kami yg lebih Engkau redha!
anugerahkan kami syahid.& jadikan kami dari kalangan hambaMu yg bersyukur & yg Engkau cinta!