Saturday 25 December 2010

mahu tapi x perlu?

kadang2 kita rasa sendiri dalam ramai.

sebab kadang2 kita rasa mahukan kehadiran mereka tapi kita x perlukan mereka.

& kadang2 kita perlukan mereka tapi kita x mahu pun kehadiran mereka.

kadang2 beginilah bila kita berukhuwah dengan manusia hanya kerana Tuhan kita. Kita rasa kita mahukan mereka,tapi ternyata masa itu bukan itu keperluan kita. Sebab terkadang, bila iman kita terkebawah, kita terlupa bahawa kita ada Tuhan, & kepada-Nya lah kita perlu refer first. Apa2 masalah pun, Allah dulu rujukan kita.

& bila kita x mahukan mereka,tapi sebenarnya kita perlukan mereka.. Sebab ukhti tu nikmat Allah beri pada kita.

Sebab bila melihat wajah orang2 beriman itu selalu mengingatkan kita kepada Tuhan kita. & bila kita ingat Tuhan kita, ketenangan itu datang tanpa sedar.

best kan?

Thursday 23 December 2010

homey

salam

maaf atas ketidakpedulian ke atas belog ni selama beberapa bulan..


seperti yg diketahui ramai, mesir ni memang terkenal dgn kedai kopinya..boleh dikatakn 1 perkara yg wajib ada di setiap tmpat..shisha, teh & bola.

dulu, boleh hafal beberapa muka yg selalu ada di kedai yg dekat dengan rumah saya.mungkin 2-3 gelas teh pekat paling kurang.duduk termenung jauh sambil minum2.kalo ade kawan,minum sambil borak2. kalau ada perlawanan bola sepak, sorakan akan kedengaran di rumah sampai lewat malam.

itulah kebiasaan mereka.& kesukaan mereka.mereka & dunia mereka..

dalam hidup ni,kita ada selalu x sedar yg kita suka hidup dalam dunia sendiri.
dengan kawan2 kita, kesukaan2 kita, buku2 tentang hidup kita, cikgu2,saudara-mara kita, sesiapa yg sedarah daging dgn kita, sesiapa yg pernah hidup dgn kita, kampung2 kita, makanan2 favourite kita, dan semua tentang kita..

Tapi kita selalu meminggirkan kehidupan asal kita & kampung halaman kita yg sebenar..Sebab benda2 ni jarang diperkatakan dalam bualan hari2 kita. Sampai kadang2 kita sendiri x pasti dgn kehidupan itu.
(orang2 kafir) berkata, apakah kita benar2 akan dikembalikan kepada kehidupan yg semula? apakah kita akan dibangkitkan juga apabila kita telah menjadi tulang-belulang yg hancur? mereka berkata, "kalau demikian ini benar2 pengembalian yg merugikan!(an-naziaat:10-12)

Kita pun selesa dengan kehidupan sekarang. Kehidupan yg diindahkan dengan perkara2 yg buat kita lupa & x suka sangat untuk fikirkan tentangnya. Memang ini pun agenda mereka(kuffar). Supaya kita lupa asal kita & ke mana kita selepas kehidupan ni..

Kalau mak cik2 di kampung selalu menangisi anaknya di kota yg x mahu pulang. Begitulah kita, kita lupa asal dari tiada kepada ada! dari dulunya di alam ghaib berpindah ke alam nyata. & bila kita dimatikan, kita kembali semula ke alam ghaib, yg semasa di dunia kita x penah ambil serius.

selamat mencari hati
dalam mengingati mati.trylah minta pada Allah hati yg baru kalau x jumpa lagi. :)

Sunday 19 December 2010

place called home


awal bulan 11 2010..
alhamdulillah Allah telah melapangkn rezekiku & ukhti2ku, untuk sebuah rumah comel.
HUNAIN

alhamdulillah rumah yg selesa & besar selepas beberapa bulan menumpang rumah ukhti2 lain.

rupa rumah ni rupanya x lah begitu penting sangat.sebab di sebalik semua nikmat dunia ini, Allah telah mengurniakan aku beberapa ukhti yg baru sahaja aku kenal beberapa bulan ketika itu, sebagai ahli beitku.

subhanallah.Maha Suci Dia yg telah mengizinkanku mengenali ukhti2 yg berhati bersih ni.walaupun baru beberapa bulan kenal tapi Allah Yg Maha Kuasa telah melapangkan hati2 kami sepanjang di sini.berhadapan dengan ujian2 yg biasa dialami oleh student yg bukan di negara.

& berpegang teguhlah kamu semua pada tali (agama) Allah, & janganlah kamu bercerai berai, & ingatlah nikmat Tuhanmu kepadamu ketika kamu dahulu bermusuhan, lalu Allah mempersatukan hatimu, sehingga dengan karunia-Nya kamu menjadi bersaudara, sedangkn ketika itu kamu berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari sana. demkianlah Allah menerangkan ayat2Nya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk. (Ali'imran:103)

ya Muqallibalqulub thabbit qulubana 'ala dinik..