Wednesday 10 November 2010

bermimpikan..

Salam fillah untuk semua. Memang sekarang jarang sgt2 dapat update blog yg dah berhabuk ni. Tapi Alhamdulillah, segala puji2 untuk Dia yg mengizinkan ana untuk tulis something hari ni.

Alhamdulillah2, penulis & pembaca blog ni dijemput untuk tajdid niat dulu. Minta2 masa untuk blog round ni ada pahala di sisi Tuhan kita semua. Minta2 ada sesuatu yg dpt kita amalkan lepas ni.

Syukur sgt pada Tuhan kita, Allah s.w.t. tu yg dah bagi chance pada kita untuk merasai secebis nikmat islam hari ni. Islam yg hasil titik peluh Nabi s.a.w. & para sahabatnya usahakan. Yg andainya Badar dahulu tu kalah, (krn hanya didahului oleh hanya 300++ muslim sahaja vs quraisy yg 1000+) x mungkin lagi kita dapat rasa nikmat islam saat ni. & tentunya surga tu belum tentu milik kita.

Maha suci Allah yg telah mencampakkan dlm diri kita rasa suka akan surga, rasa nak mendapatkan surga, bermimpikan surga, rasa untuk nak buat sesuatu untuk nak dapat surga Tuhan kita punya.

Surga tu sudah tentunya Tuhan kita buat special untuk hamba2-Nya. Baiknya Dia kan!

Tapi surga yg mahal tu mampu ke kita yg biasa2 ni dapat?

Kita yg x baik sgt ni, kita yg jarang2 pun dapat betul2 ingat Allah dalam solat, kita yg x berapa suka tunjuk baik depan orang ramai, kita yg x suka orang nak buat baik lebih2, yg x suka sangat dengar ceramah dan banyak lagi yg mungkin kita sebenarnya x berapa suka sangat pasal islam ni. X cool kalau jadi baik2 sangat sebab zaman dah moden.

Oleh itu layakkah kita untuk surga Allah, yg disediakan untuk hanya orang2 beriman? & for sure, orang2 beriman ni mereka mmg suka sangat2 nak buat baik, nak akhlak mulia mcm Nabi supaya orang2 bukan muslim tu tertarik dgn islam ni. Baik mereka bukan sengaja, bukan dibuat2 tapi memang betul2 sebab mereka berkepinginkan surga Ilahi setiap masa. Bukan tu je, mereka kalau boleh nak berlumba2 buat baik2 ni, sebab Allah bagitahu;
“as-sabiqun nas- sabiquun”
“& orang2 yg paling dahulu beriman, merekalah yg paling dahulu masuk surga.” 56:10

Nikmat tarbiyah, peluang duduk dalam rahmat Allah iaitu tarbiyah ni hanya pinjaman Allah yg Maha Pengasihani hamba2-Nya. Dia nak bagi chance kat kita nak buat baik, nak beramal, nak tambah pahala, supaya nanti kita dapat jumpa Tuhan kita yg kita selama ni x pernah tengok pun, supaya kita dapat masuk surga yg kita mimpikan tu. Surga yg sudah tentu keadaannya x sama dengan hidup di dunia ni.

Dan kalau kita x nak tarbiyah ni pun x pe. Sebab sesungguhnya Allah tu Maha Kaya x perlukan kita pun dalam tarbiyah ni. Tapi Dia Yg Penyayang tu bagi kita rasa nikmat ni, supaya kita dapat masuk surga Dia! Sweetnya Tuhan kita..

Allah tu Maha Mensyukuri, Dia bersyukur kalau ada hamba2-Nya nak bertaubat, buat baik etc.. & Dia mmg akan ampunkan sesiapa yg bertaubat dengan ikhlas..
Sekarang option kita. Allah & dunia yg sementara ni memang x akan tunggu kita pun!

jordan.mendoakan.minta doakan.