Thursday 23 December 2010

homey

salam

maaf atas ketidakpedulian ke atas belog ni selama beberapa bulan..


seperti yg diketahui ramai, mesir ni memang terkenal dgn kedai kopinya..boleh dikatakn 1 perkara yg wajib ada di setiap tmpat..shisha, teh & bola.

dulu, boleh hafal beberapa muka yg selalu ada di kedai yg dekat dengan rumah saya.mungkin 2-3 gelas teh pekat paling kurang.duduk termenung jauh sambil minum2.kalo ade kawan,minum sambil borak2. kalau ada perlawanan bola sepak, sorakan akan kedengaran di rumah sampai lewat malam.

itulah kebiasaan mereka.& kesukaan mereka.mereka & dunia mereka..

dalam hidup ni,kita ada selalu x sedar yg kita suka hidup dalam dunia sendiri.
dengan kawan2 kita, kesukaan2 kita, buku2 tentang hidup kita, cikgu2,saudara-mara kita, sesiapa yg sedarah daging dgn kita, sesiapa yg pernah hidup dgn kita, kampung2 kita, makanan2 favourite kita, dan semua tentang kita..

Tapi kita selalu meminggirkan kehidupan asal kita & kampung halaman kita yg sebenar..Sebab benda2 ni jarang diperkatakan dalam bualan hari2 kita. Sampai kadang2 kita sendiri x pasti dgn kehidupan itu.
(orang2 kafir) berkata, apakah kita benar2 akan dikembalikan kepada kehidupan yg semula? apakah kita akan dibangkitkan juga apabila kita telah menjadi tulang-belulang yg hancur? mereka berkata, "kalau demikian ini benar2 pengembalian yg merugikan!(an-naziaat:10-12)

Kita pun selesa dengan kehidupan sekarang. Kehidupan yg diindahkan dengan perkara2 yg buat kita lupa & x suka sangat untuk fikirkan tentangnya. Memang ini pun agenda mereka(kuffar). Supaya kita lupa asal kita & ke mana kita selepas kehidupan ni..

Kalau mak cik2 di kampung selalu menangisi anaknya di kota yg x mahu pulang. Begitulah kita, kita lupa asal dari tiada kepada ada! dari dulunya di alam ghaib berpindah ke alam nyata. & bila kita dimatikan, kita kembali semula ke alam ghaib, yg semasa di dunia kita x penah ambil serius.

selamat mencari hati
dalam mengingati mati.trylah minta pada Allah hati yg baru kalau x jumpa lagi. :)

No comments:

Post a Comment