Friday, 20 August 2010

untuk ibu & ukhti

Hari ni ibuku (puan hanisam) & ukhtiku (raihana) menduduki peperiksaan.
sama2 doakan mereka.
Doa seorang ukhti kepada ukhti yg lain tanpa diketahuinya lebih Allah sukai & lebih makbul!^^

Masing2 di benua yg berasingan,di bahagian bumi yg berbeza strukturnya & cuaca,subjek yg totally berlainan.tapi keduanya menadah tangan, bersujud & memohon kepada Tuhan yg sama!berpegang & yakin hanya kepada pertolongan Tuhan Yg Satu ni.

Dan seperti biasa, peperiksaan itu selalu mendekatkan kita kepada Ilahi. Masa ni pengharapan & penyerahan kita betul2, sungguh2 hanya kepada Pemberi rezeki & Pemilik Kejayaan yg hakiki itu.Bukan sebab kita terlalu inginkan kejayaan dunia & pujian manusia, tapi sebab salah satu amanah Dia yg Dia tahu kita boleh buat.& Dia mahu kita melakukannya dengan sungguh2, dgn sepenuh tawakal serta kebergantungan total hanya kepada Tuhan kita!& kita dengan sejuta harapan usaha kita diredhai Allah kita.bukan hanya sekadar mengharapkan kejayaan & pahala dari-Nya.

Saturday, 3 July 2010

mendamba Redha-Mu!


kenapa mesti manusia yg hina ni mengharapkan kejayaan.
kalau sebenarnya yg dicari adalah redha-Mu wahai Allah!
kenapa mesti imtihan yg mencetuskan ketakutan dlm hati,
kalau pertemuan dgn PENCIPTAnya yg sebenarnya diharapkan?
ya ALLAH jgn biar hamba-Mu ni hanyut dlm takut dgn imtihan
padahal kekuasaan Engkau Lagi Besar, Ya Allah.

ya Allah..
ampunkan aku
atas dosa yg telah menghitamkan hati ni.
atas dosa yg menjauhkan aku dari Mu.
atas dosa yg menyebabkan aku terbelenggu dlm karat jahiliyah ni.
aku tahu ya Allah
aku jauh dari Mu
wahan yg masih mengikat hati ni dari berkorban
dunia yg Engkau benci ni lebih aku utamakan daripada mengejar cinta-Mu
aku x nak terbabas dalam mencari redhaMu wahai Penciptaku!
aku x mahu ditinggalkan rombongan manusia2 beriman tu wahai Allah.
wahai Pemilik Dunia.letakkan dunia-Mu ini di tanganku.bukan di hati ni!

ya Allah!
ampunkan dosa2-ku, ibu bapaku, ukhti2ku, sahabat2ku, warga Muslimin yg bakal berkumpul menghadap-Mu nanti.
atas amanah-Mu pada kami supaya menjadi hamba & khalifah di bumi-Mu ini, yg kami laksanakan sepenuh jiwa!
kerna syurga & pahala yg lebih kami harapkan daripada redha & cinta-Mu!
ambillah nyawa kami ketika iman kami yg terbaik, amal kami yg paling Kau cintai, & infaq kami yg lebih Engkau redha!
anugerahkan kami syahid.& jadikan kami dari kalangan hambaMu yg bersyukur & yg Engkau cinta!

Friday, 18 June 2010

tulisan pertama


alhamdulillah alhamdulillah..segala puji2 untuk Tuhan saya yg izinkan saya untuk akhirnya untuk buat blog ni. memang dah lama termimpi2, menjenguk2 blog kwn2 nadhrah, farah ain, farahnur syafiqa, sarina effa etc..semuanya best2!

doakan saya supaya diberi kelapangan masa oleh Pemilik masa untuk menconteng tulisan bermanfaat dalam blog ni..

masa itu amanah Pemiliknya. Allah lah. saya takut terhadap masa kamu guna untuk blog yg x seberapa ni terbazir tanpa dapat manfaat. nanti saya takut pada Pemilik masa itu.

ya Allah, Pemilik masa, rezekikan aku keberkatan masa untuk update blog ni.rezekikan pembaca blog ni juga keberkatan masa mereka.
al-Basir (Yg Maha Melihat), al-Aliim (Yg Maha Mengetahui),untuk apa yg aku catat dlm blog ni, kurniakan aku secebis saham kebaikan di atas mizan nanti.sebagai pemberat untuk timbangan kebaikanku.
sesungguhnya hanya pada-Mu tempat pengakhiranku...